Thursday, December 21, 2017

TEMPAT MINUM PETANG MENARIK DI JOHOR BAHRU : SUP ANIS,LORONG BERLIAN, KAMPUNG MELAYU MAJIDEE.

Salam uols.
Memandangkan hakak rasa hakak dah round n rasa tempat minum petang kat Pasir Gudang,
akak nak try minum petang kat JB pulak uols.
PY memang x reti sgt pasal selok belok kat JB ni.
Nasib baik ada si Adam ni ha.
Bagitau je nk pegi mana, dia memang expert.

Petang tu hakak teringin nau2 nk makan kuih2 melayu.
Biasa jual kuih2 ni kat pasar malam takpun jual tepi jalan.
Takde tempat nk lepak la kan uols.

Tetiba si Adam i cakap
"Ade je tempat minum n makan kuih2 melayu ni. Siap ada sup kambing lagi."
Hakak pun ape lagi, terus la mengajak.
Bagi yang tak tau kat mana, 
Sup Anis ni berdekatan dengan Azmie Wawa ABC Kampung Melayu.
Lorong situ dekat area situ jek!


Sampai jek terus pegi cari tempat duduk.
Si Adam ni cakap malu la pulak dok record sebab semua orang tengok.
Ada hakak kesah? janji ada bahan untuk blog uols.
Kengkonon nak jadikan bahan youtube blog.
Pendek nauuu

Berjalan smbil membebel sebab malu.
"Mana ada org dtg sini siap record?"
"Ada. Saya."
Terus diam.

Ni gambar pinjam kat sini

Sampai jek terus order air dan pilih kuih.
PY je excited lebih sebab first time pegi.
Adam biasa jek sebab dh slalu pegi agaknya.
Kuih memang banyakkkk....tak sempat nk amek gambar sebab lupa diri jap bila tengok kuih2 tradisional uolss
Rasa nk terkammmmm

Sebijik RM0.30 jek. 5 keping Rm1.50.
PY amek 10 keping. Sebab nk cukupkan RM3.
(hehehe...sebenarnya kalau boleh nak amek semuaaa)

Uols telan air liur jela ye! Sorry x dpt nak ajak.

PY pilih 10 keping kuih yg lain2 jenis,
Untuk zaman GST mcm sekarang ni
saiz kuih mcm ni dianggap relevan la uols.
Okay la tuuuu

 Sape tak happy tengok kuih sepinggan dan teh o ais kat depan mata?

Selain daripada pilihan kuih yang banyak,
kuih yang 'rare' pun ada uolsss
Maksud PY ni kuih yang jenjarang org jual.
Kalau ada pun kat bazaar Ramadhan.

 Kuih Che Mek. Alaaa....yang ada inti gula cair kat dalam tu!

 Buah melaka! Favouriteeeeeee

Ni nama kuih gegetas, Buat guna tepung pulut dan salut gula kat luar.
Sedappppp....payah nak jmpe kuih ni tau.

Tepung gomak. Nyum nyum

Kuih yang lain x sempat snap sebab x sabo nk ngap.

Selain daripada ada kuih, korang jugak boleh makan rojak dan SUP KAMBING.
Di ulangi SUP KAMBING!

PY dah makan kuih smpai 10 keping.
Adam order sup kambing jek.
Order semangkuk n share 2 org sebab kalau makan sorg x abes pun.





Sup kambing ni kira sedap.
Tapi sedap lagi sup kambing kat Parit Bakar Laut kat Muar.
tapi ni pun kira okay laaaa

Semua habis kitorang makan!
Alhamdulillahhhh
Dari saiz badan je korang dah tau sape yang makan banyak kan?
Hehehehe.

Ni fb Sup Anis
Takde info pasal hari ape bukak dan tutup.
Masa pun tarakkkk tapi yg pastinya waktu petang jek.
Singgahla kalau nk try minum petang.
Lorong Berlian, Kampung Melayu Majidee.

Good luck ladies!
JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~
Follow Twitter PY @PYantilicious
Follow Instagram : pyantilicious
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

No comments:

Post a Comment

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!