Friday, June 1, 2018

Beauty Product : Produk Penjagaan Kulit Kering di bulan Ramadhan~

Salam uols~
Bulan Ramadhan. Cuaca panas.
Kulit memang mengelupas.
MENGELUPAS. KERING. GATAL2.
Ya Allah, seksa sangat!

Bukan kat sini PY nak salahkan bulan Ramadhan ye.
Jangan silap anggap pulak.
Cuma nak bagi tau keadaan sebenar dan share ape yang PY buat dengan kulit kering waktu berpuasa,

Kurang minum air memang x nafikan sebab utama kulit PY macam ni.
Dah memang jenis kulit kering kan.
Tapi tu bukan alasan untuk PY x berpuasa!
No no no.
(PY x mo join geng Faiz Roslan ye!)

Kat sini ada 2 langkah yg PY amalkan.
Alhamdulillah memang berkesan.
Kulit rasa lebih lembap dan x berminyak.

1. EXFOLIATE DENGAN ENCIK SOTONG.


Rasanya baru jek beberapa hari lepas PY update pasal encik sotong ni.
PY gunakan hampir setiap hari.
Alhamdulillah kulit jadi lebih halus dan kulit mengelupas memang berkurangan.
Encik sotong ni berus halus dari getah.
Kulit mati akan dibuang tapi kulit tak tercedera.
Tak rasa panas atau pedih,
(walaupun guna selalu.)

2, GUNA PENCUCI MUKA HADA LABO 


PY pernah jugak buat review pasal produk ni,
Produk Hada Labo memang x mengeringkan.
Semua rangkaian produk Hada Labo memang best!
Kulit rasa bersih dan rasa tak terlalu kering.

3) BIO ESSENCE 24K BIO-GOLD ROSE GOLD WATER


Produk ni beli secara tak sengaja.
Merayap ke Guardian lepas tu terjebak.
Kesan memang best gila!
Kakak PY saje pakai yang PY punya.
Terus terbeli ko!
Kalau pakai Rose Gold Water ni ngalahkan pakai SKII Miracle Water
Muka lembap tapi x berminyak
Muka x rasa heavy langsung.
Memang membantu sangat PY yang kulit kering mengelupas waktu bulan puasa ni.
Memang kebaboom.

Ni jek 3 produk yang PY guna setiap hari setiap masa sepanjang bulan Ramadhan.
Alhamdulillah memang berkesan.

Apa produk yang korang guna untuk kulit kering sepanjang bulan Ramadhan?
Boleh share kat komen ye.
Selamat berpuasa!


Good luck ladies!

~XOXO Princess Yanti~
Follow Twitter PY @princessyanti69
Follow Instagram : @princessyanti769
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Thursday, May 31, 2018

Jalan-jalan Cari Makan di Muar : MOSO Kitchen

Salam uols!

Memandangkan PY dah mula menetap secara tetap di Muar, so PY kene start semula la.
Agak sedih jugak sebenarnya kene berpindah dari Pasir Gudang.
Dah 8 tahun tinggal kat sana kan.


Suasana kat Muar agak berbeza dengan Pasir Gudang.
Antara perkara yang menyedihkan ialah nk kene tinggalkan tempat makan favourite kat area Pasir Gudang dan JB!
Warung, restoran, cafe. Gerai jual tepi jalan pun ada yang PY jadi regular customer tau.
Memandangkan PY dah menetap kat Muar, so PY terpaksa explore semula tempat makan yang best kat area Muar.

PY mulakan review tempat makan yang kira agak best jugak di Muar ni dengan MOSO Kitchen.
Beberapa kali ternampak masa lalu lalang nak pegi Muar.
Tapi x penah bukak pun! Rupanya bukak start pukol 5 sampai malam.
Kebetulan malam ni merayap konon nak cari baju raya.
Last2 baju raya hape pun x beli, singgah kat sini sebab nampak mcm meriah jek walau dah pukul 11.
(kalau pukul 11 kat area berdekatan sini biasa dh jarang jek kedai camni bukak)


Ni kaunter untuk bayar~
(Gambar mak iols plak terselit kat situ. Sorry mak!)


Cafe macam ni memang ada kat bandar Muar.
Tapi jangan harapla dapat pergi.
Terselit kat tengah2 bandar! Ko ingat senang nak dapat parking?
Berapa lama nk berpusing2 n bersesak2 semata2 nak makan?
Better pegi sini.
Kat tepi jalan yang x sesak, senang parking dan x perlu jalan jauh.

Next tengok menu pulak :)
Kat sini menu western la kebanyakannya.
Menu local kalau x silap PY, nasik lemak pandan.
Malam ni mak PY nk makan burger, tapi x nak burger McD atau mana2 fastfood.
Nak makan burger homemade katanya.
Kat sini patty 100% dibuat sendiri~

Cheese Flooded Chicken Burger RM9.90
Mak PY memang minat makanan bercheese.
Memang licin mak PY makan.

Predator Beef Burger. RM9.90
Burger ni ada nachos, cheese dan fresh salad.
Tambahan ada sos nachos dan blackpepper sauce.
Portion okay, rasa pun okay, cuma beef tu agak tawar.
Tapi masih boleh dimaafkan.
PY makan hampir habis. Disebabkan berbuka tadi dah makan nasik 2 pinggan, so tinggal sisa2 sket jela.

Lychee dan apple juice (RM3.90)
Waktu bulan puasa ni PY memang kurangkan minum kopi.
Kat sini ada macam2 minuman yg boleh uols pilih.
Dari teh o biasa sampai la milkshake.
PY dengan mak order air buah jela.
Gelas boleh tahan besar. Lama jugak nk abeskan segelas ni ha.

Cheesy Wedges RM6
Nampak macam siket, sebenarnya banyak.
Cheesy wedges ni letak kat dalam bakul sebab tu nampak macam tenggelam sket.
Rasa lebih kurang sama jek dengan cheesy wedges KFC.
Cuma KFC punya lagi siket.
Yang ni memang banyak.
Makan 2 orang x abes n terpaksa tapau bawak balik rumah untuk dihabiskan olah cinonet2 di rumah.

APA KATA PY?


1. Dengan harga yang berpatutan, portion makanan yang okay, tempat yang selesa, konfem PY akan datang lagi ke MOSO Kitchen.

2. Suka dengan music dan environment MOSO Kitchen. Please la. Dah bosan dengar lagu2 ntah pape kat radio. Nak lepak pun rasa tenang. 

3. PY memang suka cafe jenis open air mcm ni
Tak rasa berkuap, tak rasa panas.

4. Jauh dari bandar Muar yang sesak. Senang parking.
. Muar memang ketandusan cafe yang macam ni. Kalau kat JB memang merata.

5. Servis pun okay. Takde la berjam2 nk tunggu.

6. Masa beroperasi pun okay. PY datang dengan mak around pukul 11. Cafe masih ramai orang.
Kat area Muar ni kadang2 pukul 10 pun kedai dah tutup.

Sape kat area Muar boleh try MOSO Kitchen di alamat :

Parit Besar Jalan Temenggong Ahmad
84000 Muar, Johor, Malaysia
Facebook : MOSO Kitchen
Instagram : @moso_kitchen


Good luck ladies!

~XOXO Princess Yanti~
Follow Twitter PY @princessyanti69
Follow Instagram : @princessyanti769
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Tuesday, May 29, 2018

Product review : Exfoliating Jellyfish Silicone Brush :)

Salam uols~
Selamat menyambut bulan Ramadhan!
Alhamdulillah PY masih lagi berpuasa penuh sebelum encin bulan datang melawat beberapa hari lagi. Adoiii.

Alang2 bulan puasa ni, kulit mula la buat hal.
Kering. Mengelupas.
Ada yang cakap "Apsal x minum air banyak2?
Waktu malam ni banyak mana la boleh minum air kan.
Makan waktu berbuka jek dah  buat perut membusung!
Minum air lagi. Tak pasal2 meletup perut hakak okay!
Langkah terakhir yang hakak boleh buat.
EXFOLIATE.
Takde la tiap2 hari. Seminggu dalam 2 kali je cmtu dh okay.


Jom hakak nk kenalkan uols dengan encik sotong yang viral ni.
Merata orang jual.
Last2 akak terbeli. Bukan satu ye, Melambak.
Memang jenis beli barang secara borong.
Takut barang tu abes n takde orang jual dah,
Ko rasa????

 Hello encik sotong!


FYI, yang PY beli ni inspired@copy jek okay.
Kalau nak beli yang ori boleh pegi Etude House.
Sebab yang copy ni melambak orang jual dan senang untuk di beli.
So dah jelas yang ni bukan original.

PY  beli sebab encik sotong ni comel, murah dan best!

Ada 2 permukaan kat encik sotong ni.
Kat atas kepala banyak kaki halus, kat bahagian kaki sotong ada kaki besar.

Permukaan untuk buang sel kulit mati dan blackhead dan whitehead

Kat bawah ada kaki sotong yang gemuk2 untuk urut muka lepas dah sental.
Memang best uols!
Yang warna hitam tu span untuk hasilkan buih gebu sebelum sental muka.


Review daripada PY :
Dengan harga beberapa RM uols laburkan untuk encik sotong ni memang berbaloi2!
Boleh pakai untuk jangka masa yang lama kalau cuci dan keringkan dengan cara yang betul.
Untuk yang berkulit kering, boleh try sebab x menyebabkan kulit merah2 atau mengelupas.
Kaki getah kecik2 encik sotong tu cukup lembut untuk buang sel kulit mati tapi x mencederakan kulit.
Memang puas hati dan rasa berbaloi2.
Nak beli? boleh beli daripada mana2 online seller atau daripada PY sendiri.
PY ada beli lebih.

Nak tengok review versi video?
Klik bawah sini ye.


Good luck ladies!

~XOXO Princess Yanti~
Follow Twitter PY @princessyanti69
Follow Instagram : @princessyanti769
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Wednesday, March 7, 2018

PRODUCT REVIEW : ROYAL ESÈNSE PRODUK ANTI PENUAAN TERBAIK!

Salam uols!


Sejujurnya PY baru je tersedar diri ni tua bila tengok muka dekat2 dengan cermin!
OMG. Kedut berakar umbi. Almaklumlah umur dah makin banyak.
Skin care x ubah2. Belum lagi try skincare kilo kat luar sana tu!
Nasib baik PY sempat berhenti sebelum muka ni jadi pape.

Salah satu azam untuk 2018 ni ialah PY memang nakkan kulit yang sihat,
Dan yang paling penting x tua sebelum umur. Hehehe.
Memang tepat pada masanya uols.
Skin care yang biasa PY pakai habis.
Dok fikir2 jugak nak try jenama ape.
Sebab kedut dah mula berleluasa. Risau!

Terima kasih banyak2 kat Ortus Expert International Sdn Bhd
yang bagi PY cuba produk terbaru diorang.
Pernah dengan ROYAL EXPERT? Ni company yang sama ye uols.
ROYAL EXPERT pun sebelum ni memang dah cukup glamer kan.
Cuma bezanya kali ni ROYAL ESENSE lebih fokus kepada kulit matang.
Rezeki la ni kiranya.
Sekarang lebih kurang dah sebulan la kiranya PY guna.
Sebelum PY share lebih lanjut, jom tengok 4 produk dan fungsi tiap2 produk!


1. ROYAL ESENSE MULTI-ACTION TONER SERUM LOTION
Produk yang banyak fungsi dalam 1 produk cmni memang la feveret bagi kebanyakan pompuan terutamanya pompuan bekerjaya atau pompuan malas banyak cekadak macam PY.
Sekali uols pakai, dikira uols dah pakai toner, serum dan lotion.
Jimat masa wehhhh....nk pegi keje pagi2 memang la nk cepat.
Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum ye.
Jangan risau uols. Tak berminyak langsung.
Lepas pakai muka serius jadi segar dan lembap giteww




2. ROYAL ESENSE NUEVENA STEM CELL CREAM.
Lepas pakai ROYAL ESENSE MULTI ACTION TONER SERUM LOTION, PY pakai pulak krim ni. Krim ni ala2 pelembap ye uols.
Muka x minyak, tapi rasa lembap jek.
(sebab sebelum ni PY penah try pelembap. Berminyak giler)
Krim ni khas untuk mencerah, menganjal, melembap, anti penuaan dan kurangkan kedutan.
Dan yang lagi best kat dalam ni ada bahan yang dah dipatenkan, NUEVENA dan stem cell.
NUEVENA - kulit nampak lebih muda hari demi hari.
Stem cell - mencerah dan mengurangkan bintik hitam kat muka chuolssss

(Kat dalam siap ada spatula/pencedok. So uols xyah la korek2 krim kan. Bersih sket.)




3. ROYAL ESENSE EYE LIFTER GEL
Sape ada masalah kantung mata? lingkaran gelap? mata berkedut?
PY angkat tangan tinggi. *SAYA*
Tak cukup tidur. Keje melambak.
Letih. Ngadap laptop x berhenti2.
Memang konfem la mata mcm pontianak uols!

Dapat je gel ni menjerit suka la PY kan.
Gel ni berasaskan rumpai laut untuk atasi masalah mcm kat atas ye.

Memang lepas 2 minggu pakai, mata dah kurang garisan halus.
Yang lingkaran gelap tu masih ada sebab mungkin amek masa sket nk hilang.
PY akan terus pakai lagi okay!





4.ROYAL ESENSE MULTI PROTECTION ANTI-SMAZE FACE LOTION
Produk yang ni sunscreen ye uols.
Sebelum keluar rumah memang wajib PY pakai.
SPF pun boleh tahan tinggi tu, SPF40.
Kalau uols jenis selalu kene cahaya matahari tu, kene pakai lebih kerap la kan.

Krim ni bertujuan nk melindungi kulit daripada kerosakan akibat terlalu terdedah dengan cahaya matahari. (UVA/UVB)

Dan korang pun tau jugak kan
Kedutan kat muka ni sebab banyak terdedah dengan cahaya matahari.
So penggunaan sunscreen mcm ni sangat2 lah penting!

Yang lagi best, sunscreen ni bagi kesan pencerahan serta merta ye.
Lepas pakai kulit akan nmpak lebih cerah daripada sebelumnya!
Yay!


Sebelum

Selepas : Cerah serta merta!

REVIEW SEPANJANG PENGGUNAAN SELAMA SEBULAN :


1. Produk Royal Esense tak berminyak, ringan dan kulit rasa lembap.
2. Kedutan kat mata ada berkurangan tapi lingkaran gelap belum pudar lagi.
Mungkin amek masa sket. PY pun baru guna 2-3 minggu.
3. Warna kulit lebih sekata.
Sebelum ni kulit PY ada jugak capuk sket2. Sekarang hampir hilang!
4. Jeragat makin kurang.
Jeragat kecik2 kat pipi dh makin pudar. Hooreyyyy

Bagi korang yang hadapi masalah yang sama boleh cuba sendiri produk ROYAL ESENSE untuk kulit yang nampak lebih sihat n awet muda gitchewww

P/s : Next ada satu lagi video pasal ROYAL ESENSE ye uols kat channel Youtube PY!
Lagi detailsssss

Good Luck ladies!
JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS. THANKS!

~XOXO Princess Yanti~
Follow Twitter PY @princessyanti69
Follow Instagram : @princessyanti769
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Tuesday, March 6, 2018

RESIPI PY : KERIA GULA MELAKA SIMPLE GILA!

Salam uols.
Asalnya tak terfikir pun PY nak buat keria gula melaka ni.
Tapi bila dah 3 kali akak pegi nk beli tapi asek habis, habis, habis.
PY nekad! Terus ballik kampung, ajak mak pegi beli keledek!

Nak share sket la uols.
Walaupon rasanya ramai yang dah buat dah keria ni.
Buat sendiri memang sedap n puas makan okay!
Anak2 sedara kerumun kejap jek licin uols.
Sedap n simple jek nak buat.

Jom  tengok versi video :


Yang ni versi bertulis n bergambar ye uols.

Bahan-bahan :
1. Keledek (PY guna keledek kuning)
2. Tepung gandum dan sedikit garam.
3. Gula melaka
4. Gula pasir.
5. Minyak untuk menggoreng

Modal x brape rm gittewwww

Cara nak buat? Senang je senah oiiiii

1. Rebus keledek


2. Dah siap rebus, buang kulit dan lecek keledek uolsss




3. Masukkan tepung dan garam sket sampai la keledek tadi boleh diuli.



4. Uli seperti donut. Tabur tepung sebelum susun atas pinggan.




5. Goreng sampai warna kuning keemasan!


6. Cairkan gula melaka, gula pasir dan sedikit air.
Cairkan dengan api yang perlahan.



7. Sira/gaulkan keria yang dah digoreng tadi dengan gula.


8. Biarkan sejuk dan siap untuk dimakan!
Senangkan!

Biarkan sejuk. 

Dah siap!

Good luck ladies!
JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~
Follow Twitter PY @princessyanti69
Follow Instagram : @princessyanti769
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe